Saturday, 20 July 2013

Puasa Kesebelas Ramadhan - How I miss my children ...

Assalamualaikum. Hari ini Alhamdulillah telah dapat meyempurnakan puasa yang kesebelas Ramadhan.

Sayu hati kerana ini adalah kali pertama tidak dapat berpuasa dengan kesemua anak-anak... Amir di Manchester, UK dan Aisha di Glasgow. Atas tuntutan pelajaran, Ibu akur untuk melepaskan anak-anak jauh di perantauan. Aiman pula di MRSM Serting, Negeri Sembilan. I miss you all.

Hari ini Ibu cuma dapat berkongsi cerita tentang masakan berbuka kita sekeluarga iaitu Baked Chicken, Lamb BBQ, Spaghetti Olio, Baked Potatoes dan Coleslaw. Menu hari ini adalah permintaan Ayah ya...

Menu hari ini ...

Lamb BBQ terlebih masak sikit sebab baru belajar menggunakan periuk ajaib Korea. Kini periuk ini sangat popular di Malaysia kerana ia sememangnya memudahkan memasak, menggoreng, baking dan roasting. Harganya pun tak mahal sangat, lebih kurang RM150 dijual di Chow Kit. Masih baru mencuba dan Ibu belum pandai lagi memakai periuk ini. Ayam pula Ibu panggang dalam oven aje kerana kuantiti yang banyak.

Baked Chicken Ibu

1 ekor ayam - potong lapan
3 sudu besar rempah ketumbar
1/2 cawan sos tomato
2 sudu serbuk lada hitam (jika suka kurang pedas, boleh diganti dengan lada sulah/putih)
2 sudu besar madu
2 sudu besar minyak sapi atau butter
garam secukupmya

Bahan di kisar halus:
1 bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara-cara:
  • Perap ayam dengan bahan kisar dan rempah, sos tomato bersama madu dan garam. 
  • Biarkan dalam 1 jam di simpan di peti sejuk.
  • Lumur minyak sapi atau butter keseluruh bahagian ayam. (Saya gunakan Ghee Blend sahaja)
  • Panaskan oven selama 20 minit pada suhu 200 darjah celcius (mengikut saiz oven).
  • Bakar ayam sehingga kekuningan di bahagian atasnya.

Sos untuk ayam:
  • Air yang keluar dari ayam yang di bakar tadi iaitu air ayam dalam tray pembakar di gunakan untuk buat sos ayam.
  • Panaskan 2 sudu besar butter. Campur 2 sudu besar tepung. Kacau hingga kuning dan wangi.
  • Campur air ayam tadi dan rempah yang tertinggal di tray pembakar. Kacau rata.
  • Masukkan air susu UHT 1 cawan dan sedikit garam dan lada sulah/lada hitam (ikut cita rasa).
  • Biar mereneh diatas api perlahan dan dikacau hingga sos pekat sebelum diangkat untuk dihidang.

Ibu harap anak-anak ibu dapat manfaat dari coretan blog ini, Insya Allah.

Okay, jom kita pergi solat tarawikh dulu. Wassalam.


Friday, 19 July 2013

Nenek dan mee rebus Johor ...

Assalamualaikum.

Dinihari sebelum bangun untuk masak sahur untuk famili, terfikir pula apa yang hendak di masak untuk berbuka. Hujung minggu adalah masa untuk masak `special' sikit untuk orang yang tersayang.

Teringat pulak mee rebus Johor - dah lama tak makan mee rebus ni ...

Mee rebus Johor adalah sangat berlainan dari mee rebus lain. Ia berempah dan dimakan dengan keropok tepung yang rangup.

Arwah nenek akan masak mee rebus Johor untuk kami semasa kecil. Nak beli selalu tu payah sebab keadaan ekonomi keluarga yang tidak mengizinkan masa tu. Terima kasih Nek kerana selalu masak masakan kegemaran cucu-cucunya. Semuga Allah swt mencucuri rahmat keatas arwah Nek, Amin.

Sekarang ni, bila balik JB akan jadi kemestian untuk makan mee rebus Hj Wahid. Jadi hari ni nak share resepi mee rebus yang di ambil dari FB Persatuan Bangsa Johor (PBJ).

Terima kasih PBJ kerana sudi berkongsi resepi di FB. Seronok ya bila dapat masak masakan Johor ni, terutama bagi anak Johor yang tinggal jauh dari kampung halaman ...


Resepi Mee Rebus Hj Wahid

Bahan-bahannya


2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ sudu teh serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua

Cara cara:

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering

  • Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. 
  • Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. 
  • Angkat dan toskan. 
  • Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah

  • Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. 
  • Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. 
  • Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. 
  • Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang

  • Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. 
  • Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.


Photo: Resepi Mee Rebus Hj Wahid

Bahan-bahannya 
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua

Cara Menyediakan 

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

Sumber : RAHSIA


Resepi Mee Rebus TULANG Hj Wahid

Bahan-bahan ( 4-5 org )

600 gm mee kuning (SPEGHETTI PUN BLH)
taugeh
3-4 biji kentang (tgk saizlah eh) direbus
3-4 biji telur direbus
3-4 kpg tauhu di goreng
lada merah n bawang merah
caipo n limau kasturi

Bahan untuk kuah:
5 sudu besar lada boh
*3-4 biji bawang merah
*3 ulas bawang putih
*2-3 batang serai
*1 inci lengkuas
*2 sb udang kering
2 sudu besar campuran ketumbar jintan disangai
400 gm tulang rusuk (takde tulang daging pun boleh)
1 1/2 cawan santan pekat
2 sudu besar taucho
1 1/2 sudu besar gula merah
garam n perasa jika suka

Cara-cara:

  • Rebus tulang hingga empuk atau empuk saje tulang 
  • Bila tulang hampir empuk masukkan taucho dan biarkan mereneh
  • Kemudian masukkan santan pekat
  • Sementara itu dikuali lain - tumis lada boh hingga garing
  • Kisar bahan bertanda * dan masukkan bahan kisar kedalam lada boh yang di tumis tadi. Tumis hingga naik bau dan terbit minyak
  • Kisar ketumbar jintan yg telah disangai tadi. Masukkan kedalam bahan tumis. Biar garing dan naik bau.
  • Masukkan bahan tumis kedlm kuah rebusan daging tadi
  • Masukkan gula merah, garam dan perasa jika suka. Biar hingga kuah pekat.
  • Jika suka boleh campur keledek/kentang/tepung jagung untuk memekatkan kuah
  • Mee dan taugeh di celur sebentar
  • Potong kentang, tauhu, telur, lada merah dan bawang
  • Hidang mee, taugeh dan bahan lain termasuk caipo dan limau kasturi bersama kuah tadi. 

Photo: Resepi Mee Rebus TULANG Hj Wahub

Bahan-bahan ( 4-5 org )

600 gm mee kuning (SPEGHETTI PUN BLH)
taugeh
3-4 biji kentang (tgk saizlah eh) direbus
3-4 biji telur direbus
3-4 kpg tauhu di goreng
lada merah n bawang merah
caipo n limau kasturi
*UTK KUAH*
5 sb lada boh
*3-4 biji bawang merah
*3 ulas bawang putih
*2-3 batang serai
*1 inci lengkuas
*2 sb udang kering
2 sb campuran ketumbar jintan disangai
400 gm tulang rusuk (takde tulang daging pun boleh)
1 1/2 cwn santan pekat
2 sb taucho
1 1/2 sb gula merah
garam n perasa jika suka

Cara-cara

Rebus tulang hingga empuk atau empuk saje tulang tu.... 
Bila tulang hampir empuk masukkan taucho dan biarkan mereneh.... Kemudian masukkan santan pekat...
Sementara itu dikuali lain... tumis lada boh hingga garing.... Kisar bahan bertanda *... masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau dan terbit minyak....
Kisar ketumbar jintan yg telah disangai td, masukkan kedlm bahan tumis... biar garing dan naik bau... masukkan bahan tumis kedlm kuah rebusan daging tadi.....
Masukkan gula merah, garam n perasa jika suka..... Biar hingga kuah pekat... (boleh letak keledek, kentang atau tepung jagung utk memekatkan kuah)
Rebus mee dan celur taugeh.. kemudian tapis.....
Potong kentang, tauhu, telur, lada merah n bawang ikut suke nak potong camaner..
letak mee, taugeh n bahan lain termasuk caipo dan limau kasturi... tuanglah kuah kat atasnyer..... 

Boleh dihidang 10 minit sebelum berbuka puasa. Jgn hidang dahulu khuatir meenye kembang. Dibulan puasa ni tolong jangan hidang jam 8 pagi!!

Selamat Mencuba!!!



Monday, 15 July 2013

Mak dalam kenangan ...


Assalamualaikum. Beberapa hari ini saya kerap teringatkan Mak yang telah lama pergi menghadap Illahi.
.

Mak amat saya rindui. Dia wanita berhati mulia yang berkorban segalanya untuk melihat saya berjaya dalam pelajaran. Bulan Ramadhan juga sentiasa istimewa bersama Mak kerana Mak akan berkongsi kemahiran membuat kuih tat nenasnya yang sedap. Tiada siapa dapat menandingi tat nenas Mak. Kuih tat nenas Mak menjadi buah mulut saudara mara dan kenalan rapat. Sayang sekali kami adik beradik tidak mewarisi kemahiran membuat tat nenas seperti Mak, walau berkali-kali belajar dari Mak atau mengikuti resepinya satu persatu.

Mak juga bersusah payah menyalin setiap resepi yang di pelajarinya untuk saya dan kakak. Hampir setahun beliau menyiapkan salinan buku resepi untuk kakak dan saya. Masing-masing dapat seorang satu `buku resepi' salinan tangan Mak. Buku ini masih saya simpan dan akan jadi sumber rujukan bila `mood rajin memasak' datang ...



Al Fatihah buat Mak yang saya sayangi dan rindui...

Nota: Tart kakak saya - Zainab, tak jemu mencuba buat tart seperti mak. I think this year jadi macam tart Mak.

RESEPI TAT NENAS MAK

Jem Nenas:
  • 4 cawan nenas yang telah diparut halus dan ditapis airnya (boleh di kisar halus dengan blender atau food processor)
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh esen ros
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 2 helai daun pandan

Cara-caranya:
  • Semua bahan di masak dalam periuk atau kuali dengan api  perlahan. Sentiasa kacau jem nenas supaya tidak hangus.
  • Bila sudah pekat dan boleh digentel bulat, angkat dan sejukkan jem nenas ini.
  • Bulat-bulatkan jem nenas mengikut saiz acuan tat nenas.
Tip: Masak jem nenas dalam rice cooker adalah lebih cepat tapi masih perlu di kacau selalu jem ini supaya tidak melekat pada periuk rice cooker.


Kulit tat:
  • 250 gm mentega atau marjerin (Mak gunakan Planta)
  • 2 butir telur ayam (ambil 2 kuning dan 1 putih sahaja)
  • tepung gandum secukupnya 

Cara-caranya:
  • Kacau rata mentega atau marjerin sebentar dengan senduk.
  • Pukul telur sebentar supaya rata telur kuning dan putih tadi.
  • Campur telur dan marjerin sehingga rata. 
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga rata dan adunan lembut tetapi tidak melekit.
  • Terap adunan dengan acuan tat dan isi jem nenas diatasnya. 
  • Sepit keliling tat dengan penyepit tat (boleh dibeli di kedai bahan bakeri)
  • Hias tat dengan sedikit lebihan adunan kulit tat tadi.
  • Bakar pada suhu 170 darjah celcius hingga kekuningan.

Acuan tat yang boleh di beli di kedai bahan bakeri. Saya beli di Bagus Bakery.

No.103 Acuan Kuih Jem Tat



Salam kasih sayang dari kak Nana ...

Saturday, 13 July 2013

Salam Ramadhan

Assalamualaikum. Kini sudah 5 hari kita berpuasa, Alhamdulillah. Hari ini saya kembali semula mengisi ruang di laman blog ini setelah hampir 2 tahun menyepi dek kesibukan bekerja dan belajar.

Tahun ini saya sangat berharap agar dapat memperbaiki pengisian Ramadhan. Alhamdulillah, ramai kawan-kawan menghantar artikel tentang persediaan Ramadhan dan rasa sungguh beruntung mendapat kawan-kawan yang saling mengingati.

Masih belum terlambat untuk saya berkongsi satu e-book menarik dari seorang pendakwah muda terkenal, Hilal Asyraf, mengenai persediaan Ramadhan. Seronok membaca `Semarak Ramadhan' beliau yang boleh di download di laman Langit Illahi.

Ok, hari ini saya ingin mula berkongsi resepi di blog saya.


Nota: Pai mushroom dan sardin dibawa oleh adik saya semalam.


Resepi pertama ialah Pai Ayam yang amat mudah:


PAI AYAM 

Bahan untuk inti pai:
  • 300 gm daging ayam - direbus dengan sedikit halia dan di potong kecil-kecil
  • 1 tin kecil Campbell Mushroom soup
  • 1/2 tin button mushroom/cendawan butang (di hiris nipis atau potong empat)
  • 300 gm mixed vegetables/sayur campuran (frozen)
  • 1/2 labu bawang besar (di cincang kasar)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang kasar)
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil tepung jagung (untuk memekatkan inti pai)
  • 1 sudu besar minyak (boleh guna olive oil/minyak zaitun atau minyak masak biasa)

Bahan untuk kulit pai:

  • Kulit puff pastry (boleh dibeli di supermarket atau hypermarket di bahagian frozen food)
  • 1 biji kuning telur + 1 sudu kecil air (di bancuh) untuk di sapu diatas pai


Cara-caranya:
  • Tumis bawang putih dan bawang besar dengan sedikit minyak hingga kuning dan wangi.
  • Masukkan ayam dan lada putih. Kacau rata.
  • Masukkan mixed vegetables dan button mushroom. Kacau rata.
  • Curahkan mushroom soup dan biar mendidih. 
  • Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata.
  • Masukkan garam (ikut rasa) dan kacau rata.
  • Bila mendidih, matikan api.
  • Biarkan sejuk.
  • Potong puff pastry mengikut acuan kecil yang disediakan. Saya galakkan guna acuan foil (pakai buang) yang dijual di kedai bakeri.
  • Alas acuan dengan puff pastry dan letakkan inti pai tadi. Tutup dengan puff pastry dan sapu kuning telur. Susun atas dulang pembakar.
  • Renjis air sejuk keatas pai untuk memangkinkan proses puff pastry untuk naik  berlapis-lapis dengan cantik semasa di bakar (lakukan sebaik hendak memasukkan pai kedalam oven).
  • Bakar dalam oven dengan kepanasan 170 darjah celcius atau 180 darjah celcius (mengikut kesesuaian oven anda) sehingga kulit pai kelihatan kuning keemasan.
Nota: sudah ada kulit puff pastry yang di jual dengan tanda halal - Malaysian brand iaitu jenama Kawan. Mudah sangat ...
Puff Pastry (Square)

Selamat mencuba!!!

Salam kasih sayang ... Ummu Amir @ kak Nana


Gambar hidangan puasa ke empat buat keluarga tercinta ~

  • Laksa johor 
  • Asam pedas daging tetel 
  • Ikan goreng terubok masin 
  • Puding kastard