Dinihari sebelum bangun untuk masak sahur untuk famili, terfikir pula apa yang hendak di masak untuk berbuka. Hujung minggu adalah masa untuk masak `special' sikit untuk orang yang tersayang.
Teringat pulak mee rebus Johor - dah lama tak makan mee rebus ni ...
Mee rebus Johor adalah sangat berlainan dari mee rebus lain. Ia berempah dan dimakan dengan keropok tepung yang rangup.
Arwah nenek akan masak mee rebus Johor untuk kami semasa kecil. Nak beli selalu tu payah sebab keadaan ekonomi keluarga yang tidak mengizinkan masa tu. Terima kasih Nek kerana selalu masak masakan kegemaran cucu-cucunya. Semuga Allah swt mencucuri rahmat keatas arwah Nek, Amin.
Sekarang ni, bila balik JB akan jadi kemestian untuk makan mee rebus Hj Wahid. Jadi hari ni nak share resepi mee rebus yang di ambil dari FB Persatuan Bangsa Johor (PBJ).
Terima kasih PBJ kerana sudi berkongsi resepi di FB. Seronok ya bila dapat masak masakan Johor ni, terutama bagi anak Johor yang tinggal jauh dari kampung halaman ...
Resepi Mee Rebus Hj Wahid
Bahan-bahannya
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis
Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ sudu teh serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng
Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua
Cara cara:
Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
- Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
- Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing.
- Angkat dan toskan.
- Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.
Cara-cara untuk Kuah
- Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
- Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
- Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
- Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
Cara untuk menghidang
- Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.
- Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

Resepi Mee Rebus TULANG Hj Wahid
Bahan-bahan ( 4-5 org )
600 gm mee kuning (SPEGHETTI PUN BLH)
taugeh
3-4 biji kentang (tgk saizlah eh) direbus
3-4 biji telur direbus
3-4 kpg tauhu di goreng
lada merah n bawang merah
caipo n limau kasturi
Bahan untuk kuah:
5 sudu besar lada boh
*3-4 biji bawang merah
*3 ulas bawang putih
*2-3 batang serai
*1 inci lengkuas
*2 sb udang kering
2 sudu besar campuran ketumbar jintan disangai
400 gm tulang rusuk (takde tulang daging pun boleh)
1 1/2 cawan santan pekat
2 sudu besar taucho
1 1/2 sudu besar gula merah
garam n perasa jika suka
Cara-cara:
- Rebus tulang hingga empuk atau empuk saje tulang
- Bila tulang hampir empuk masukkan taucho dan biarkan mereneh
- Kemudian masukkan santan pekat
- Sementara itu dikuali lain - tumis lada boh hingga garing
- Kisar bahan bertanda * dan masukkan bahan kisar kedalam lada boh yang di tumis tadi. Tumis hingga naik bau dan terbit minyak
- Kisar ketumbar jintan yg telah disangai tadi. Masukkan kedalam bahan tumis. Biar garing dan naik bau.
- Masukkan bahan tumis kedlm kuah rebusan daging tadi
- Masukkan gula merah, garam dan perasa jika suka. Biar hingga kuah pekat.
- Jika suka boleh campur keledek/kentang/tepung jagung untuk memekatkan kuah
- Mee dan taugeh di celur sebentar
- Potong kentang, tauhu, telur, lada merah dan bawang
- Hidang mee, taugeh dan bahan lain termasuk caipo dan limau kasturi bersama kuah tadi.

Selamat Mencuba!!!

The casino will close for good this weekend
ReplyDeleteThe casino 구리 출장마사지 will close for good this weekend, the local news is 화성 출장샵 that the casino has set up its 속초 출장안마 doors ahead of the weekend football Sep 15, 2021 · Uploaded by The 영주 출장샵 Casino in 인천광역 출장안마 the USA