Saturday, 13 July 2013

Salam Ramadhan

Assalamualaikum. Kini sudah 5 hari kita berpuasa, Alhamdulillah. Hari ini saya kembali semula mengisi ruang di laman blog ini setelah hampir 2 tahun menyepi dek kesibukan bekerja dan belajar.

Tahun ini saya sangat berharap agar dapat memperbaiki pengisian Ramadhan. Alhamdulillah, ramai kawan-kawan menghantar artikel tentang persediaan Ramadhan dan rasa sungguh beruntung mendapat kawan-kawan yang saling mengingati.

Masih belum terlambat untuk saya berkongsi satu e-book menarik dari seorang pendakwah muda terkenal, Hilal Asyraf, mengenai persediaan Ramadhan. Seronok membaca `Semarak Ramadhan' beliau yang boleh di download di laman Langit Illahi.

Ok, hari ini saya ingin mula berkongsi resepi di blog saya.


Nota: Pai mushroom dan sardin dibawa oleh adik saya semalam.


Resepi pertama ialah Pai Ayam yang amat mudah:


PAI AYAM 

Bahan untuk inti pai:
  • 300 gm daging ayam - direbus dengan sedikit halia dan di potong kecil-kecil
  • 1 tin kecil Campbell Mushroom soup
  • 1/2 tin button mushroom/cendawan butang (di hiris nipis atau potong empat)
  • 300 gm mixed vegetables/sayur campuran (frozen)
  • 1/2 labu bawang besar (di cincang kasar)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang kasar)
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil tepung jagung (untuk memekatkan inti pai)
  • 1 sudu besar minyak (boleh guna olive oil/minyak zaitun atau minyak masak biasa)

Bahan untuk kulit pai:

  • Kulit puff pastry (boleh dibeli di supermarket atau hypermarket di bahagian frozen food)
  • 1 biji kuning telur + 1 sudu kecil air (di bancuh) untuk di sapu diatas pai


Cara-caranya:
  • Tumis bawang putih dan bawang besar dengan sedikit minyak hingga kuning dan wangi.
  • Masukkan ayam dan lada putih. Kacau rata.
  • Masukkan mixed vegetables dan button mushroom. Kacau rata.
  • Curahkan mushroom soup dan biar mendidih. 
  • Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata.
  • Masukkan garam (ikut rasa) dan kacau rata.
  • Bila mendidih, matikan api.
  • Biarkan sejuk.
  • Potong puff pastry mengikut acuan kecil yang disediakan. Saya galakkan guna acuan foil (pakai buang) yang dijual di kedai bakeri.
  • Alas acuan dengan puff pastry dan letakkan inti pai tadi. Tutup dengan puff pastry dan sapu kuning telur. Susun atas dulang pembakar.
  • Renjis air sejuk keatas pai untuk memangkinkan proses puff pastry untuk naik  berlapis-lapis dengan cantik semasa di bakar (lakukan sebaik hendak memasukkan pai kedalam oven).
  • Bakar dalam oven dengan kepanasan 170 darjah celcius atau 180 darjah celcius (mengikut kesesuaian oven anda) sehingga kulit pai kelihatan kuning keemasan.
Nota: sudah ada kulit puff pastry yang di jual dengan tanda halal - Malaysian brand iaitu jenama Kawan. Mudah sangat ...
Puff Pastry (Square)

Selamat mencuba!!!

Salam kasih sayang ... Ummu Amir @ kak Nana


Gambar hidangan puasa ke empat buat keluarga tercinta ~

  • Laksa johor 
  • Asam pedas daging tetel 
  • Ikan goreng terubok masin 
  • Puding kastard 


No comments:

Post a Comment